Contoh soalan temuduga

Monday, 18 February 2013

Berikut adalah petikan contoh-contoh soalan yang biasanya ditanya semasa temuduga:



Cerita sedikit tentang diri anda.
  1. Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
  2. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  3. Apakah  perkara yang dapat memotivasikan anda?
  4. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  5. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  6. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  7. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  8. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  9. Mengapakah patut kami memilih anda?
  10. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  11. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  12. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  13. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  14. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  15. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  16. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  17. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  18. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  19. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  20. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  21. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  22. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.